BEZA MRTA, MLTA, MRTT & MLTT
1. Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)
MRTA ialah pelan Insurans hayat konvensional yang nilai pampasannya berkurangan sepanjang tempoh polisi. Polisi ini ditawarkan oleh pihak bank. MRTA TIDAK Berlandaskan Syariah.
2. Mortgage Level Term Assurance (MLTA)
MLTA ialah pelan Insurans hayat konvensional yang melindungi anda secara peribadi. Pampasannya tidak berkurangan sepanjang tempoh pinjaman. MLTA TIDAK Berlandaskan Syariah.
3. Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)
MRTT ialah perlindungan kepada baki hutang dan ia akan berkurangan dari tahun ke tahun. MRTT perlu dibayar sekaligus dan berlandaskan Syariah.
4. Mortgage Level Term Takaful (MLTT)
MLTT memberi perlindungan kepada keseluruhan jumlah hutang dan ia setara dari awal polisi hingga tamat polisi. MLTT boleh dibayar Ansuran dan berlandaskan Syariah.