Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kita sedang diancam fenomena gelombang haba dengan suhu tinggi sehingga mencecah lebih 40°C ????
Akibatnya, kita berisiko berhadapan dengan ancaman KELESUAN HABA dan STROK HABA jika terdedah kepada cuaca panas secara berterusan ketika melakukan sebarang aktiviti fizikal.
APA YANG PERLU KITA LAKUKAN UNTUK MENGURANGKAN RISIKO KELESUAN HABA DAN STROK HABA INI?
???? Kekal hidrat. Minum air putih bersuhu bilik dengan banyak tanpa perlu menunggu rasa dahaga.
⛱️ Pastikan kita berada di tempat yang teduh jika berada di luar rumah.
???? Pakai pakaian yang nipis, longgar dan menyerap peluh. Sebaliknya pilihlah fabrik yang berasaskan "cotton".
???? Mandi dengan lebih kerap termasuk jika kita berasa panas dan tidak selesa pada waktu malam.
???? Awasi tanda-tanda dan gejala kelesuan serta strok haba. Dapatkan rawatan segera jika ada simptom.
Jangan pandang remeh dengan gelombang haba ini. Strok haba boleh membawa maut.
#AATSB #BeginWithHIM #kamiprihatin #cuacapanas #gelombanghaba #KekalHidrat #strokhaba #Dangerous #sharingiscaring #kementeriankesihatanmalaysia #kkmmalaysia