Ramai yang bertanya pada Azmi, apa itu RUMAWIP?
Mari Azmi jelaskan serba sedikit RUMAWIP ni.
RUMAWIP adalah inisiatif projek perumahan yang menyediakan rumah mampu milik di sekitar Wilayah Persekutuan, Malaysia.
Kelayakan bergantung pada status keutamaan, dengan syarat-syarat seperti di bawah :
1) Umur : 21 tahun dan ke atas
2) Latarbelakang pemohon : Lahir, kerja atau tinggal di Wilayah Persekutuan
3) Had gaji tidak lebih RM10,000 sebulan.
4) Had gabungan gaji pasangan : Tak lebih dari RM15,000 sebulan.
5) Had RUMAWIP : Hanya satu RUMAWIP untuk setiap isi rumah.
#rumawip